Kerana Allah untuk manusia~

NAFAS BARU

Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kepada yang masih membaca blog ni sampai ke hari ini, terima kasih yang tak terhingga. Saya dah delete semua post kanak-kanak saya, bila baca saya pun ber'huhuhuhu' sorang-sorang. Alhamdulillah sempat delete sebelum ajal menjemput. Takut juga di akhirat tulisan kurang matang tu dipersoalkan nanti. Maaf kepada pembaca sebelum ni. Blog tu ditulis dari zaman saya sekolah menengah, memang lah apa la yang sangat yang ada di kepala pada waktu itu.

Kalau ada yang betul-betul ikut blog ni dari dulu, saya memang pernah sebut satu hari nak ubah cara penulisan. Mungkin dah tiba masanya meluahkan minat dan hobi saya dengan cara yang lebih lurus.

Dulu pernah ada cita-cita nak jadi penulis. Huhu kelako kan. Tapi itu memang salah satu impian yang insyaAllah masih segar. Kalau menulis di blog pun dah beri kepuasan, insyaAllah saya teruskan menulis apa-apa yang bermanfaat.

Terima kasih sudi baca! Semoga tulisan-tulisan selepas ini mampu beri manfaat berpanjangan sehingga saya tiada di sini lagi dan tidak mampu menulis lagi.

Salam 12 Syawal 1436H :)